sebagaimana yang
telah diterangkan sebelum ini ,mutiara adalah hasil laut yang dibuat hiasan
serta bernilai tinggi.Batu mutiara itu kecil saiznya,tetapi banyak yang sanggup
menyelam ke dasar laut untuk memperolehnya.
Maksud
pepatah ini,orang yang mempunyai ilmu,tetep akan dicari oleh manusia walaupun
beribu batu tempat tinggalnya
Apabila seseorang pelajar itu mencapai
kejayaan,pelajar itu mencapai kejayaan,pelajar tersebut ditempatkan di universiti atau kolej yang baik serta
dapat mengikuti pengajian yang
sesuaidengan usaha serta persekitaran yang baik baginya mencapai kejayaan.
Apabila seseorang itu mendapat pencapaian yaang baik di dalam
pendidikan serta baik didalam bidang pekerjaan ,orang ramai berpusu-pusu datang
menemui untuk mendapat maklumat yang berkaiatan dengan ilmunya.Hal ini akan
dapat manfaat kepada dirinya serta orang lain.
Kebiasannya,apabila kita menyampaikann ilmu kepada orang
lain,secara tidak langsung ilmu kita pula yang semakin bertambah.Kejadian ini
berlaku kerana penyampaian ilmu terjadi secara komunikasi dua hala.Pelajar atau
mereka yang mahukan ilmu bertanya dari pelbagai sudut serta memberikan
pandangan dan penjelasan tentang sesuatu itu sehinggakan penyampaian dapat
menambah ilmunya.
Maka,apapun jua bidang ilmu yang kite kuasai,sekiranya disampaikan
dan dikongsi,akan diberi manfaat kepada umat.Kita hampir kepada menjadi manusia
yang paling baik sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
“Sebaik-baik
manusia adalah mereka yang memberi manfaat
kepada manusia lain.”
Kesimpulanya,seperti yang telah disebut di dalam al-quran,Allah
S.W.T telah menjanjikan tempat yang mulia bagi orang yang berilmu.Oleh itu,kita
perlu berusaha untuk memperoleh ilmu tersebut walau perlu mengharungi pelbagai rintangan
dan cabaran namun ianya akan memberi impak yang lebih kepada kita pada masa
akan datang .Dengan ilmu juga kita dapat membantu golongan masyarakat yang
memerlukan bantuan.
