Sunday, 24 June 2012

sebab mutiara,laut yang dalamdiselami orang


sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini ,mutiara adalah hasil laut yang dibuat hiasan serta bernilai tinggi.Batu mutiara itu kecil saiznya,tetapi banyak yang sanggup menyelam ke dasar laut untuk memperolehnya.

  Maksud pepatah ini,orang yang mempunyai ilmu,tetep akan dicari oleh manusia walaupun beribu batu tempat tinggalnya

Apabila seseorang  pelajar  itu mencapai  kejayaan,pelajar itu mencapai kejayaan,pelajar tersebut ditempatkan  di universiti atau kolej yang baik serta dapat  mengikuti pengajian yang sesuaidengan usaha serta persekitaran yang baik baginya mencapai kejayaan.
Apabila seseorang itu mendapat pencapaian yaang baik di dalam pendidikan serta baik didalam bidang pekerjaan ,orang ramai berpusu-pusu datang menemui untuk mendapat maklumat yang berkaiatan dengan ilmunya.Hal ini akan dapat manfaat kepada dirinya serta orang lain.
Kebiasannya,apabila kita menyampaikann ilmu kepada orang lain,secara tidak langsung ilmu kita pula yang semakin bertambah.Kejadian ini berlaku kerana penyampaian ilmu terjadi secara komunikasi dua hala.Pelajar atau mereka yang mahukan ilmu bertanya dari pelbagai sudut serta memberikan pandangan dan penjelasan tentang sesuatu itu sehinggakan penyampaian dapat menambah ilmunya.
Maka,apapun jua bidang ilmu yang kite kuasai,sekiranya disampaikan dan dikongsi,akan diberi manfaat kepada umat.Kita hampir kepada menjadi manusia yang paling baik sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:
       
          “Sebaik-baik manusia adalah mereka yang memberi manfaat
                                   kepada manusia lain.”

Kesimpulanya,seperti yang telah disebut di dalam al-quran,Allah S.W.T telah menjanjikan tempat yang mulia bagi orang yang berilmu.Oleh itu,kita perlu berusaha untuk memperoleh ilmu tersebut walau perlu mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran namun ianya akan memberi impak yang lebih kepada kita pada masa akan datang .Dengan ilmu juga kita dapat membantu golongan masyarakat yang memerlukan bantuan.

No comments:

Post a Comment